Tarikh | : 28 / 1 / 2025 |
Masa | : 2.30 Petang – 3.30 Petang |
Lokasi | : NADI Taman Prestij II |
Peserta | : 8 Orang |
Program webinar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti mengenai kepentingan berkongsi maklumat dengan bertanggungjawab di dunia digital. Kemahiran ini amat penting bagi membantu mereka memahami risiko serta kesan perkongsian maklumat secara terbuka, sekali gus membentuk pemikiran yang lebih bijak dan berwaspada dalam berinteraksi secara dalam talian.
Aktiviti:
1. Pengenalan kepada topik “Share La Sungguh-sungguh Kalau Nak Kena”
2. Penerangan oleh penceramah mengenai kepentingan keselamatan dalam talian
3. Sesi kuiz interaktif untuk menguji pemahaman peserta
4. Latihan praktikal berkaitan kawalan privasi dan perkongsian selamat
5. Sesi soal jawab dan refleksi