Tarikh | : 18 / 12 / 2024 |
Masa | : 8.30 pagi – 9.30 pagi |
Lokasi | : SMK SERI BALIK PULAU |
Peserta | : 20 orang |
Tujuan
Program NADI X Safe bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada kanak-kanak PASTI tentang asas keselamatan diri. Program ini dirancang untuk membantu mereka memahami langkah-langkah melindungi diri, mengenali situasi berbahaya, dan berani meminta bantuan daripada orang dewasa yang dipercayai.
Aktiviti
- Petugas menyediakan bahan pembelajaran interaktif yang sesuai dengan usia kanak-kanak.
- Kanak-kanak mendengar cerita pendek dan menyertai aktiviti tentang keselamatan diri, seperti mengenali bahaya dan cara meminta pertolongan.
- Aktiviti interaktif seperti permainan dan kuiz untuk memperkukuh pemahaman mereka.
- Sesi bergambar.