| Tarikh | : 7 / 08 /2025 |
| Masa | : 10.00 Pagi – 4.00 Petang |
| Lokasi | : NADI Taman Prestij 11 |
| Peserta | : 50 Orang |
Tujuan Program
Program ini diadakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia dengan tujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Selain itu, ia menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim melalui pelbagai aktiviti menarik, antaranya:
- Pertandingan (mewarna, basikal berhias & masakan nasi goreng tema Merdeka)
- Tayangan wayang pacak “Mat Kilau”
- Kuiz interaktif Kahoot Kemerdekaan
- Sesi live bersama YBM
- Cabutan bertuah
- Kelas kesedaran e-sport
Program ini juga memberi ruang kepada komuniti setempat untuk menonjolkan bakat, meningkatkan kesedaran, serta berkumpul dalam suasana harmoni dan penuh semangat kebangsaan.