Tarikh | : 12 / 04 / 2025 |
Masa | : 3:00 PETANG – 4:00 PETANG |
Lokasi | : NADI Taman Prestij 11 |
Peserta | : 5 Orang |
Tujuan:
Kelas Kesedaran NADI X Esukan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pemain E-sukan tentang kepentingan kesihatan mental dalam prestasi permainan. Program ini membantu peserta membina ketahanan emosi, fokus, dan pengurusan tekanan bagi mencapai prestasi lebih baik dan meningkatkan kedudukan (rank) dalam permainan. Selain itu, ia mendidik peserta tentang keseimbangan antara kesihatan mental dan fizikal untuk kejayaan jangka panjang dalam bidang E-sukan.
Aktiviti:
- Petugas membuka laman web https://www.esports.nadi.my/
- Peserta menghadiri kelas secara digital iaitu melalui Zoom Meeting.
- Sesi Q&A & Latihan.
- Selesai.