mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2024 : NADI X KESEDARAN (SAFE & SHIELD) SMK SERI BALIK PULAU

Tarikh: 20 / 12 / 2024
Masa: 10.00 pagi – 12.30 Tengahari
Lokasi: SMK SERI BALIK PULAU
Peserta: 300 orang

Tujuan

Program NADI X Shield bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar Tingkatan 1 dan 2 tentang kepentingan perlindungan diri dan kesedaran keselamatan. Program ini membantu pelajar memahami cara mengelakkan situasi berisiko, mengenali tanda-tanda bahaya, dan melindungi diri daripada ancaman fizikal atau emosi di sekolah mahupun di luar.

Aktiviti

  1. Petugas menyediakan bahan pembentangan dan modul interaktif yang sesuai dengan pelajar remaja.
  2. Pelajar mendengar pembentangan mengenai langkah keselamatan asas seperti mengenali tanda buli, cara melindungi diri daripada ancaman fizikal, dan kepentingan melaporkan insiden kepada pihak berwajib.
  3. Aktiviti kumpulan seperti simulasi dan kuiz interaktif untuk mempraktikkan apa yang dipelajari.
  4. Sesi soal jawab (Q&A) untuk pelajar mendapatkan maklumat lanjut dan berkongsi pengalaman.
  5. Saringan kesihatan juga dilakukan kepada para guru.
  6. Sesi bergambar sebagai kenangan dan penutup program.

GAMBAR DISINI