LAPORAN AKTIVITI OGOS 2025 : NADI ESUKAN KELAS KESEDARAN KESELAMATAN SIBER DAN PERLINDUNGAN DATA DALAM E-SUKAN
2 September 2025
| Tarikh | : 3 / 08 / 2025 |
| Masa | : 10.00 PAGI– 11.00 PAGI |
| Lokasi | : NADI Taman Prestij |
| Peserta | : 2 Orang |
Tujuan Program
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai keselamatan siber dan kepentingan perlindungan data dalam bidang e-sukan. Program ini menekankan kesedaran risiko siber serta langkah-langkah pencegahan, di samping memperkenalkan asas pensijilan berkaitan keselamatan digital.
Aktiviti
- Kelas kesedaran mengenai ancaman keselamatan siber dalam e-sukan.
- Penerangan tentang kepentingan perlindungan data peribadi.
- Demonstrasi langkah asas keselamatan digital (kata laluan, pengesahan dua faktor, kawalan privasi).
- Pengenalan kepada modul pensijilan keselamatan siber.
- Sesi soal jawab serta perbincangan interaktif bersama fasilitator.